KATA ALU-ALUAN
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, buku Perancangan Strategik MASKTT 2013-2015 telah sedia untuk dilancarkan.
Tahniah saya ucapkan kepada pihak Urusetia kerana berjaya menyediakan Perancangan Strategik ini. Kesungguhan ini membuktikan bahawa terdapatnya semangat kerjasama ‘esprit de corps ‘ dan wujudnya usaha secara kolektif untuk merealisasikan Visi dan Misi Jabatan Agama Islam Negeri Perak. Saya yakin dengan adanya pelan strategik MASKTT ini visi MASKTT “Masjid Cemerlang dan Diredhai Allah” akan lebih mudah diterjemahkan secara konkrit dalam tindakan-tindakan yang dirancang oleh pihak MASJID.
Pelan strategik ini jelas menunjukkan kesungguhan pihak MASKTT untuk memacu hidup beragama ke tahap terunggul. Perancangan ini akan menjamin setiap ahli qariah memperoleh manfaat dalam bentuk kualiti iman, kebajikan ahli terjamin, cara hidup yang boleh diteladan dan pendidikan berkualiti bagi membangunkan potensi setiap ahli. Natijahnya masyarakat yang dilahirkan kelak mampu meletakkan MASKTT setara dengan masjid-masjid yang hebat.
Perancangan MASKTT ini jelas mencerminkan usaha ke arah merealisasikan transformasi ummah yang menginginkan kecemerlangan pentadbiran masjid dan individu dalam qariah ditingkatkan. Sejajar dengan tuntutan ini peningkatan kualiti perancangan, perlaksanaan dan penambahbaikan berterusan perlu diberi penekanan khusus dalam Pelan Strategik MASKTT
Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih atas kesungguhan dan komitmen semua yang terlibat dalam merangka pelan strategik MASKTT ini. Mudah-mudahan dengan usaha ini, laluan untuk mencapai UMMATAN WASATHO akan menjadi lebih lancar.
Haji Mohamad Karim Abdul Samad
Pengerusi
Masjid Asy Syakirin
Kampung Tersusun Tasek Ipoh
Pengenalan
Pembangunan ummah berkualiti merupakan agenda utama Jabatan Agam Islam Negeri Perak dan MASKTT. MASKTT berhasrat untuk membangunkan ummah di Qariah Kg Tersusun Tasek diredhai Allah dan mendapat keberkatan dunia dan akhirat dalam era yang sangat mencabar. Dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan ahli Qariah Kampung Tersusun Tasek berkualiti dan diredhai ALLah, MASKTT telah memainkan peranan penting dalam menyediakan prasarana ibadat khusus dan umum, pendidikan serta kebajikan. Peranan MASKTT telah diperkembangkan untuk meningkatkan prestasi ahli-ahli Qariah sebagai masyarakat contoh sesuai dengan saranan AlQuran.
Carta Organisasi
Pengurusan Masjid As Syakirin Kampung Tersusun Tasek telah dilantik pada awal Januari 2013. Perlantikan yang diluluskan terdiri dari ahli-ahli qariah dari pelbagai latar belakang. Kepelbagaian dalam latarbelakang dan pengalaman memungkin kewujudan sinergi yang amat baik dan kuat serta berkesan dalam pengurusan masjid ini.
Carta Organisasi
Masjid As Syakirin Kampung Tersusun Tasek
Carta Organisasi dan Biro
Masjid As Syakirin Kampung Tersusun Tasek
Visi dan Misi MASKTT
Masjid As Syakirin mula dibina pada awal tahun 1980an. Semenjak penubuhan masjid ini, penduduk setempat telah berkembang. Dari masjid yang hanya memberi khidmat kepada penduduk di Kampung Tersusun Tasek, kini telah berkembang kepada taman-taman perumahan persekitaran.
Visi
Masjid Cemerlang dan Diredhai Allah
Misi
Pengurusan Hal Ehwal Islam yang Hikmah, Amanah dan Berkesan.
Dalam usaha untuk mencapai visi dan misi tersebut, pelbagai usaha yang sistematik dan pragmatik telah dirancang bagi mendepani cabaran yang dihadapi. Antaranya ialah membangun dan menguruskan pembangunan infrastruktur dan infostruktur, memperkasakan pendidikan dan pembangunan rohani, memantapkan pengurusan kebajikan, memperkukuhkan kedudukan ekonomi dan kewangan, meningkatkan tahap keselamatan serta kesihatan, memperkasakan pembangunan wanita dan belia. Usaha-usaha tersebut diterjemahkan dalam Pelan Strategik MASKTT 2013 – 2015.
Isu dan Cabaran pengurusan Masjid
Sistem pengurusan masjid yang berwibawa akan menghasilkan modal insan yang diredhai walaupun ia mengambil masa yang lama. Impak daripada sistem pengurusan masjid yang terancang dan tersusun serta berkualiti akan melahirkan modal insan mengikut acuan AL Quran
Pelan Strategik MASKTT 2013 – 2015 telah dirancang sebegini rupa adalah untuk memastikan Visi dan Misi dapat dicapai dan tidak tersasar daripada hala tuju yang telah ditetapkan. Terdapat lapan bidang keberhasilan utama (KRA) bagi menjamin hala tuju MASKTT tercapai iaitu;
1. Meningkatkan pembangunan infrastruktur dan infostruktur;
2. Memperkasakan pendidikan, majlis ilmu dan pembangunan rohani;
3. Memantapkan pengurusan kebajikan;
4. Memperkukuhkan kedudukan ekonomi dan kewangan;
5. Meningkatkan tahap keselamatan;
6. Meningkatkan tahap kesedaran pendidikan kesihatan;
7. Memperkasakan pembangunan wanita dan;
8. Meningkatkan dan memperkasa penglibatan belia.
Untuk memastikan hala tuju dapat dilaksanakan dengan berkesan, beberapa aspek pengupaya perlu dimantapkan meliputi:
1. Sokongan kewangan
2. Sokangan sumber manusia
3. Sokongan khidmat nasihat dari semua pihak
Pelbagai aktiviti yang strategik telah dirancang dan digarap bagi mencapai hala tuju yang telah dibina. Pelan strategik ini juga diharap dapat bergerak sederap dengan usaha Jabatan Agama Islam Negeri Perak untuk melonjakkan pengurusan masjid yang cemerlang.
Pelan Strategik MASKTT 2013 - 2015
Pelan Strategik MASKTT 2013 – 2015 telah dirancang sebegini rupa adalah untuk memastikan Visi dan Misi dapat dicapai dan tidak tersasar daripada hala tuju yang telah ditetapkan. Terdapat lapan bidang keberhasilan utama (KRA) bagi menjamin hala tuju MASKTT tercapai iaitu;
1. Meningkatkan pembangunan infrastruktur dan infostruktur;
2. Memperkasakan pendidikan, majlis ilmu dan pembangunan rohani;
3. Memantapkan pengurusan kebajikan;
4. Memperkukuhkan kedudukan ekonomi dan kewangan;
5. Meningkatkan tahap keselamatan;
6. Meningkatkan tahap kesedaran pendidikan kesihatan;
7. Memperkasakan pembangunan wanita dan;
8. Meningkatkan dan memperkasa penglibatan belia.
Untuk memastikan hala tuju dapat dilaksanakan dengan berkesan, beberapa aspek pengupaya perlu dimantapkan meliputi:
1. Sokongan kewangan
2. Sokangan sumber manusia
3. Sokongan khidmat nasihat dari semua pihak
Pelbagai aktiviti yang strategik telah dirancang dan digarap bagi mencapai hala tuju yang telah dibina. Pelan strategik ini juga diharap dapat bergerak sederap dengan usaha Jabatan Agama Islam Negeri Perak untuk melonjakkan pengurusan masjid yang cemerlang.
Peta Strategik MASKTT
Hala tuju MASKTT
Seperti mana-mana institusi yang lain, MASKTT memberi tumpuan kepada 8 elemen utama yang menjadi hala tuju. Sehubungan itu, MASKTT telah menjadikan hala tuju tersebut sebagai matlamat utama Perancangan Strategik MASKTT 2013-2015.
1. Meningkatkan pembangunan infrastruktur dan infostruktur
Infrastruktur dan infostruktur penting sebagai landasan utama bagi keselesaan dan kemudahan para jemaah melaksanakan ibadah khusus dan umum. Dalam usaha untuk mencapai tahap keselesaan dan kemudahan yang baik tersebut, MASKTT telah memilih tiga bidang keberhasilan utama (KRA- Key Result Areas) untuk dijadikan fokus dalam perancangan strategik 2013-2015
2. Memperkasakan pendidikan, majlis ilmu dan pembangunan rohani
Perkembangan ilmu pengetahuan dan peningkatan kualiti rohani jemaah merupakan “core business” institusi masjid. Bagi merealisasikan hasrat tersebut, MASKTT memberi fokus bidang keberhasilan utamanya (KRA) sebagaimana berikut;
2.1 Menambah jumlah ceramah/kursus/kuliah bagi jemaah.
2.2 Menjemput penceramah yang berkualiti.
2.3 Menambah dan mempelbagai koleksi bahan bacaan berkonsep wakaf.
2.4 Mewujudkan saluran komunikasi seperti buletin, jadual melalui teknologi web dan kertas edaran.
3. Memantapkan pengurusan kebajikan
Pemantapan aspek pengurusan kebajikan penduduk Qariah Kampung Tersusun Tasek adalah merupakan nadi utama masjid. Tanpa ahli, masjid tidak akan berfungsi dengan cemerlang. Bagi merealisasikan hasrat tersebut, MASKTT memberi fokus bidang keberhasilan utamanya (KRA) sebagaimana berikut;
3.1 Mengemaskini data penduduk Qariah.
3.2 Meningkatkan kerjasama dengan Persatuan Khairat Kematian dalam hal pengurusan jenazah.
3.3 Merancang dan mengurus majlis Qurban, More Ramadhan dan kenduri serta jamuan masjid.
4. Memperkukuhkan kedudukan ekonomi dan kewangan
Ekonomi dan kewangan yang kukuh, menjamin kelicinan pembangunan dan pengurusan masjid Kampung Tersusun Tasek. Tanpa sumber kewangan yang mantap, aktiviti masjid akan terganggu.
5. Meningkatkan tahap keselamatan
Keselamatan adalah merupakan aspek penting dalam pengurusan masjid. Harta dan kemudahan yang ada di masjid adalah merupakan amanah dan hak bersama. Penjagaan keselamatan harta dan ahli jamaah merupakan aspek penting dalam pengurusan masjid.
6. Meningkatkan tahap kesedaran pendidikan kesihatan
Kesihatan fizikal penting bagi setiap muslim. Kekuatan rohani diiringi dengan kekuatan fizikal akan memantapkan lagi kekuatan ummah. Oleh itu, pendidikan dan kesedaran tentang kesihatan amat penting dalam kalangan ahli qariah.
7. Memperkasakan pembangunan wanita
Kaum wanita adalah tunggak kepada kekuatan sesebuah organisasi. Kerjasama dari kaum wanita menjamin kelangsungan dan kelicinan aktiviti. Penglibatan semua pihak dalam aktiviti dan pengurusan masjid amat penting.
8. Meningkatkan dan memperkasa penglibatan belia
Belia adalah pemimpin masa hadapan. Kekuatan umat masa hadapan, bergantung kepada institusi belia pada masa kini. Masjid melalui inisiatif-inisiatif yang proaktif perlu memainkan peranan penting kepada golongan belia. Masjid perlu menjadi flatform kepada para belia untuk terlibat dalam berbagai aktiviti remaja.
P/S
Pelan strategik ini adalah ringkasan dari dari pelan sebenar. Jika berminat untuk mendapatkan salinan penuh, sila hubungi drybos@gmail.com